:: i WaLk yOu FoLLoW, ok? ::

:: PeJaM cELiK, pEjAm CeLiK ;;

:: i post it, you click it, yeah!!! ::

Sunday, August 16, 2009

.: p.i.L.u :.

Kalau bisa hati berkata-kata

Mungkin berjela-jela hujahnya

Kenapa hanya bibir mampu berbicara

Melimpah ruah isinya

Kepunyaan siapa maksud sebenarnya?

Hati mahu sebegitu,

Minda bentak sebegini,

Tangan dan kaki bertentang aral,

Kemana lagi harus ku tuju?

Apa lagi yang perlu ku ucap?

Oh resah,

Oh gundah,

Berikan aku sedikit ruang,

Mencari secebis tenang,

Menggapai sebuah senang,

Dalam hati yang gersang dan kontang.


p.s. maaf buat semua yang sudi bertandang ke blog comot.
InsyaAllah akan bersua smula suatu hari nanti.
till then..

take care ya :)