.: L.i.B.r.A.R.i :.
Teringat kata-kata seorang guru semasa di bangku sekolah. Pelajar dan perpustakaan sangat sinonim. Mungkin ia bagai irama dan lagu. Irama tanpa lagu mungkin agak canggung bagi sesetengah telinga. Tapi ia masih bisa bergema. Lagu tnpa irama mampu menjadi puisi indah pnuh makna. Begitu la yang ku anggap antara hubungn pelajar dan perpustakaan.
"Aku mampu berjaya walaupun aku bukan kaki librari!" itu kata pelajar.
"Aku tetap khazanah ilmu walau tnpa kunjungan manusia"
Hari ni sewaktu pulang dri gym, aku sempat lalu ke central library. Tidak ade niat utk singgah lama.. tapi sekadar menjenguk atas dasar rindu pada suasananye. Mungkin aku agak janggal pabila di sana. Kerana aku bukanla kaki lepak di librari. Tiada ape yang kucari di sana..
Sejenak di librari, aku teringat pada satu puisi hasil karya Dato' A. Samad Said yang amat ku segani. Puisinya ringkas tapi sarat bermakna. Semoga rakan yg datang menyinggah di laman ku kali ni juga memahami ape yang tersurat dan yang tersirat di dalam bait-bait nukilan ini.
~DALAM LIBRARI~
Dalam librari
aku tersengguk
seorang tua
tersenyum menegur:
Tak guna
membuka buku
menutup mata.
Kan elok
menutup buku
membuka mata?
Mulai esoknya
dalam librari
ku tak pernah
tersengguk lagi
walau orang tua
sudah lama
tiada kusua
Dalam librari
kini ku membaca,
mataku sering
ke kerusi orang tua
yang sudah tiada
nukilan: A. Samad Said
.:Semoga terus tabah dalam usaha menuntut ilmu bt semua rakan-rakan di mana jua anda berada:.
~sweetlittlesunshine~